MAYBANK2U PAY

MAYBANK2UPAY


Kami di Nadya Safiya Collection dengan sukacitanya menambah kemudahan pembayaran terbaru untuk anda iaitu Maybank2upay. Kini anda boleh "Click2Pay", dengan klik pada icon Pay Maybank2u pada blog Nadya Safiya Collection dan ikuti langkah-langkah di dalamnya untuk membuat bayaran tempahan anda!

Kepada semua yang gemar membeli secara online di luar sana, dengan kemudahan pembayaran baru ini:

  • Kaedah pembayaran dipermudahkan melalui Maybank2u dan pembayaran boleh dibuat terus ke akaun bank kami melalui butang yang mudah! :)
  • Tidak perlu ingat nombor akaun bank kami, sekaligus memudahkan proses pembayaran anda!
  • Tidak perlu melampirkan bukti pembayaran (iaitu imbasan / salinan resit bayaran) kepada kami

Baca lebih lanjut mengenai pembayaran baru tersebut di sini!



Jadi apa tunggu lagi,buat tempahan anda sekarang :)


Bagaimana untuk Menggunakan Maybank2uPay?

1. Klik pada ikon Pay Maybank2u.

2. Login ke Maybank2u.

3. Nama penjual akan secara automatik dipaparkan. Pembeli akan memasukkan no akaun, alamat e-mel, jumlah bayaran dan butiran transaksi. Pembeli mesti membaca dan menerima Penafian sebelum meneruskan ke skrin seterusnya.

4. Klik 'Continue'.

5. Klik 'Minta Nombor TAC. Nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit.Masukkan Nombor TAC dan klik 'Confirm' untuk meneruskan pembayaran atau klik 'Kembali' untuk ke skrin sebelumnya.

6. Pembeli boleh mencetak skrin pengesahan pembayaran untuk rekod dan rujukan masa depan.

7. Pembeli akan menerima e-mel sebagai pengesahan transaksi yang dilakukan.


Peringatan apabila menggunakan Maybank2u Pay

1. Sila rujuk kepada senarai rasmi kedai blog yang berdaftar dengan Maybank2u pada laman web rasmi Maybank2u pada setiap masa untuk mengesahkan kedai blog berdaftar sebelum membuat apa-apa bayaran melalui Maybank2u Pay.

2. Jika kedai blog memaparkan icon Pay Maybank2u tetapi nama blog tidak disenaraikan di dalam senarai rasmi blog berdaftar di laman web rasmi Maybank2u,  pembeli tidak digalakkan untuk meneruskan dengan pembayaran.

3. Sentiasa menaip URL kedai blog secara manual ke dalam pelayar internet anda untuk mendapat pengalaman perbankan online. Jangan sekali-kali klik pada sebarang pautan e-mel atau pautan yang disediakan oleh pihak ketiga yang membuat tuntutan untuk mengarahkan anda ke blog kedai.

4. Pembeli digalakkan untuk mengamalkan usaha yang wajar pada setiap masa apabila membeli-belah online untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dan / atau dikesali.

No comments:

Post a Comment